5/19/2009

DIA NI KA??? ISH!! TAKKAN KOT!!!


MEMANJANGKAN CERITA DAN ALKISAH:
EXCO CAKAP TAK SERUPA BIKIN


Oleh: Penyiasat Persendirian
Saya bukan Balasundramaniam, siasat, sumpah benar, sumpah nafi lepas tu hilang. Katanya ada di India. Saya ada di sini melihat reaksi rakyat terhadap pembongkaran satu reality yang tersembunyi. Tak ada siapa yang perlu takut dan pedas kalau data-data yang dikirim kepada saya itu tidak boleh dipercayai, tetapi saya percaya sekurang-kurangnya ia membawa mesej jelas, apa mesejnya?

1. Rakyat tidak mahu pemimpin yang hanya jaga tembolok mereka sahaja, mengulang semula punca kebencian rakkyat kepada pemimpin.
2. Apa sahaja yang meragukan tentang pimpinan kerajaan PR mesti dibenteras, melalui apa sahaja cara yang perlu dan berkesan. Barulah penyakit yang memusnahkan BN dapat dijauhi.

3. Maklumat yang sulit boleh dikutip dari pejabat mana-mana EXCO atau pejabat kerajaan, kerana terlalu terbuka dan mesra rakyat.

4. Rakyat sayang kepada kerajaan baru yang menjadi harapan mereka lalu sanggup berbuat apa sahaja yang berisiko untuk memastikan amanah rakyat dijaga sebaik mungkin.

5. Lepas ini Parti mesti teliti betul-betul calon-calon mereka, bagaimana quality, amanah, akhlak, keupayaan, akademik, kasungguhan dan tahan uji.

Saya difahamkan oleh sumber artikel ini, bilik EXCO tersebut beroperasi hingga ke malam, walaupun pada hari cuti jumaat dan sabtu, tetapi Exco itu tiada di sana. Biliknya boleh dimasuki dan kerusinya boleh diduduki oleh kawan-kawan dan sapa saja. Macam pejabat parti atau kaunter tiket bas. Apa saja maklumat yang ada dalam biliknya boleh dibelek, dikebas dan disalin (diakses) termasuk keputusan mesyuarat EXCO yang dikelaskan sebagai “TOP SECRET”. Apa jenis pejabat EXCO ni.... mungkin data-data ini juga datang dari sana wallahu a’lam.

Kalau dapat orang-orang di wisma yang boleh mengesah telahan saya ini, bolehlah kita panjangkan lagi kisah ini. Saya setuju dengan Komen PENYAPU BARU, kalau boleh saya ingin pinjam analisa beliau dari data-data yang ditunjukkan.

Kata PENYAPU BARU "Untuk Pak Cik Yang Teramat Kayo, kalau diamati betoi-betoi maklumat dalam artikel tu, claim dia kadang sama dengan jumlah gaji, kekadang lebih, kekadang kurang..pokoknya, terlalu banyak duit kena masuk poket dia berbanding taraf hidup dan sosioekonomi rakyat Kedah. Yang banyak sangat tu claim makan, elaun hidup dan sewa hotel sampai RM143,498.50... trend nya nampak macam dia ni atoq keja dia berdasarkan berapa dia dapat claim, bukan berasaskan apa yang patut dia laksanakan untuk memajukan portfolio dia... pasai apa 2 per 3 daripada jumlah hari dalam tempoh 13 bulan dia berada di luar pejabat, dan dia buat claim?

Katakan dalam sebulan hari bekerja ialah 22 hari, kalau 13 bulan maknanya hari bekerja ialah 286 hari, dan dari jumlah itu lebih kurang 219 hari dia ada di luaq, 67 hari saja dia ada di ofis....tapi tengok pula hari dia ada di langkawi saja pun 84 hari... ini yang dibangkitkan oleh penulis, kenapa banyak ke langkawi? Tak masuk akal berada di langkawi lebih lama dari berada di pejabat... kalau macam tu, baik buat pejabat exco tu di langkawi saja....

Katakan mesyuarat exco kerajaan seminggu sekali, dalam 13 bulan ada 52 kali mesyuarat (52 hari), katakan 50 kali sahaja...maknanya, selain hadir mesyuarat Exco di Pejabat, dia hanya ada di pejabat untuk mengendalikan mesyuarat beberapa portfolionya 19 hari, (19 kali)...soalnya pula, berapa portfolio yang dia pegang? Katakan 3 portfolio, bermakna dia memberi masa untuk mengendalikan urusan setiap portfolio 6 hari sahaja selama 13 bulan itu.

Bolehkah sebuah "kementerian" dalam sebuah negeri hanya dipedulikan oleh "menterinya" selma 6 hari saja dalam 13 bulan? Nak bermesyuarat jawatankuasa tetap portfolio, nak memantau kerja pegawai, nak teliti kertas untuk di bawa ke mesyuarat exco, nak terima pandangan dari pihak-pihak lain yang datang ke pejabat...

Sidang DUN tak kira lagi tu...bila masa dia prepair jawapan untuk soalan DUN, bila masa di panggil pegawai bincang untuk jawab soalan2 tu? Bukankah semua keja ni bermula dan perlu dibuat di pejabat..atau dibuat atas Feri? Bila pulak dia menguruskan hal keluarganya? Anak nak sekolah, bini nak pi klinik, jumpa kawan, jumpa pengundi, pi kenduri, tengok orang mati, pi majlis di masjid (kalau dia Islam), pi kuil kalau dia Hindu, Pi tokong (kalau dia cina) mesyuarat parti, buat kerja-kerja parti? BILA???


Labels:

PIMPINAN YANG BERTANDING JANGAN SOMBONG DAN ANGKUH


Beberapa hari lalu, saya membaca akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia...antara beritanya... kata Mohamad Sabu " Saya hanya boleh dipimpin oleh pemimpin yang lebih berani dan pandai daripada saya..." Apa makna ungkapan ini setelah Mat Sabu menegaskan beliau hanya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada muktamar kali ini??


Maknanya tiada orang lain yang lebih berani dan lebih pandai daripadanyan di kalangan pemimpin dan ahli PAS sekarang ini, selain daripada yang berada di atas daripada Timbalan Presiden. Lebih mudah lagi,hanya TG Hj Hadi dan TG Nik Abdul Aziz saja yang lebih berani dan pandai, lain semua penakut dan bodoh daripada Mat Sabu! Benarkan ungkapan ini keluar dari Mat Sabu atau putar belit Utusan Malaysia? Bukankah ungkapan ini bermaksud menghina orang lain, bongkak dan sombong??!

Saya sering mengikuti ceramahnya, dan saya pernah mendengar ungkapan ini 5 atau 6 tahun lalu.. sering diucap ketika menghentam UMNO dan memberi motovasi kepada pendengar ceramah. Waktu itu ungkapan ini sangat bermakna dan membawa maksud dalam konteks yang berbeza. Ketikaitu, UMNO dipimpin oleh orang-orang yang lemah, yang rasuah, yang merosakkan bangsa dan ekonomi orang melayu dan seluruh rakyat Malaysia. Dan pemimpin UMNO itu menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri ataupun menteri-menteri. Memang wajar sekali ungkapan itu. Tiada siapa yang tidak menyokong ungkapan ini, malah ia menyerlahkan kesedaraan supaya rakyat memilih pemimpin yang berani dan bijak pandai...



Tetapi Mat Sabu telah membuat silap besar bila ungkapan ini diucap ketika melobi untuk dipilih ke jawatan Timbalan Presiden PAS!! Siapa yang dibodohkan oleh Mat Sabu? Ust Nasaruddin, Husam Musa, Ust Ahmad Awang, Mahfuz, Tn Ibrahim Tn Man, Taib Azamuddin, dan ramai lagi dalam senarai calon pimpinan PAS. Diat idak bermaksud kepimpinan Dewan Ulamak kerana dia tak mungkin bertanding dalam sayap PAS itu.. dia tidak ulamak dan tidak profersional..Mat Sabu pimpinan yang lahir dari grass root, melalui tangga tarbiyyah PAS dari bawah..juga melahirkan ramai amilin PAS dengan dakwah bil hal dan ceramahnya. Mat Sabu memang terbukti seorang pejuang, telah diuji dengan semua ujian susah payah dalam PAS, tetapi kenapa memilih untuk membuat silap ini?


Mat Sabu ada hawariyyun tersendiri, di mana saja Mat Sabu pergi, akan ada pengikut setia yang berduyun-duyun melayannya, mendengar ceramahnya, menerima didikannya secara tidak langsung dan mempertahankannya. Mat Sabu adalah ikon PAS.Tetapi masih membuat silap juga....



Bongkak dan sombong ini dirakamkan sebagai sifat syaitan yang enggan sujud kepada Nabi Adam a.s kerana dia mendakwa dia lebih mulia kerana dijadikan daripada api sedangkan Nabi Adam a.s dijadikan daripada tanah. Mat Sabu tidak menjadi syaitan dengan ungkapan itu, tetapi menjejaki sifat itu bila ungkapan itu diucap dalam konteks pertandingan dalam PAS. Hati-hatilah Mat Sabu. Tuan menjadi idola ribuan anak muda dalam PAS, tetapi ungkapan bongkak itu tidak meyumbang apa-apa kebaikan kepada PAS dan pengikutnya!



PAS HANYA BOLEH DIPIMPIN OLEH ULAMAK
Oleh: Penumpang Barakah

Shabas dan tahniah kepada Dato' Seri TG Hj Abdul Hadi Awang, tidak dicabar dalam pemilihan di Muktamar PAS Jun ini. Selamat bertanding kepada calon-calon Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, AJK dan lain-lain.


Bagi kami yang masuk PAS kerana kepimpinan Ulamak, kami lega kerana TG Haji Hadi terus memimpin PAS untuk 2 tahun akan datang, semoga kami dapat terus menumpang kebijaksanaan, keberkatan dan kea'rifan para ulamak yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah melakar wajah politik Malaysia. Malaysia tidak akan berwajah seperti sekarang jika tidak kerana PAS dipimpin oleh Ulamak.


Kepimpinan ini wajib dipertahankan walau apa sekalipun berlaku akibat tindakbalas daripada interaksi PAS dengan musuh dan rakan pakatan pada masa akan datang. Biar apa saja telahan, tohmahan, kecaman, ancaman dan kutukan kita mempertahankan 'status quo' ini, inilah jalan yang mendewasakan PAS sejak 58 tahun lalu. Tidak perlu perubahan, walau dibentangkan alasan akademik dan sejarah oleh mana-mana pakar atau ahli akademik atau profesor atau pakar startegi... mereka tidak bergelumang dalam PAS. Merekaboleh berhipotesis tentang PAS, tetapi PAS luar biasa untuk diulas dengan teori, dikaji dengan kaedah saintifik, dan dianalisa dengan hujak empirik. PAS memang tersendiri... ada unsur yang tidak dapat dibentuk oleh sains gunaan atau sains sosial. PAS bangun dengan daya spiritual. Bukan dibina dengan hasil kajian saintifik.


Teori apa yang mendewasakan PAS dalam serba kekurangan material, mendorong pengorbanan, membina sahsiah ahli, menarik sokongan segenap lapisan, membina mujahid dan syuhada', teori apa? Kajian apa, bila, siapa dan bagaimana? Pokok kepada jawapan bagi soalan ini ialah Aqidah Islam. Siapa yang layak dan berupaya memupuk, mendidik, menanam dan memantapkan Aqidah di kalangan ahli PAS? Bukankah Ulamak!!!Lalu apa alasan golongan yang mendakwa profersional untuk mengejar kepimpinan dalam PAS?


Labels: