5/19/2009

PIMPINAN YANG BERTANDING JANGAN SOMBONG DAN ANGKUH


Beberapa hari lalu, saya membaca akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia...antara beritanya... kata Mohamad Sabu " Saya hanya boleh dipimpin oleh pemimpin yang lebih berani dan pandai daripada saya..." Apa makna ungkapan ini setelah Mat Sabu menegaskan beliau hanya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada muktamar kali ini??


Maknanya tiada orang lain yang lebih berani dan lebih pandai daripadanyan di kalangan pemimpin dan ahli PAS sekarang ini, selain daripada yang berada di atas daripada Timbalan Presiden. Lebih mudah lagi,hanya TG Hj Hadi dan TG Nik Abdul Aziz saja yang lebih berani dan pandai, lain semua penakut dan bodoh daripada Mat Sabu! Benarkan ungkapan ini keluar dari Mat Sabu atau putar belit Utusan Malaysia? Bukankah ungkapan ini bermaksud menghina orang lain, bongkak dan sombong??!

Saya sering mengikuti ceramahnya, dan saya pernah mendengar ungkapan ini 5 atau 6 tahun lalu.. sering diucap ketika menghentam UMNO dan memberi motovasi kepada pendengar ceramah. Waktu itu ungkapan ini sangat bermakna dan membawa maksud dalam konteks yang berbeza. Ketikaitu, UMNO dipimpin oleh orang-orang yang lemah, yang rasuah, yang merosakkan bangsa dan ekonomi orang melayu dan seluruh rakyat Malaysia. Dan pemimpin UMNO itu menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri ataupun menteri-menteri. Memang wajar sekali ungkapan itu. Tiada siapa yang tidak menyokong ungkapan ini, malah ia menyerlahkan kesedaraan supaya rakyat memilih pemimpin yang berani dan bijak pandai...



Tetapi Mat Sabu telah membuat silap besar bila ungkapan ini diucap ketika melobi untuk dipilih ke jawatan Timbalan Presiden PAS!! Siapa yang dibodohkan oleh Mat Sabu? Ust Nasaruddin, Husam Musa, Ust Ahmad Awang, Mahfuz, Tn Ibrahim Tn Man, Taib Azamuddin, dan ramai lagi dalam senarai calon pimpinan PAS. Diat idak bermaksud kepimpinan Dewan Ulamak kerana dia tak mungkin bertanding dalam sayap PAS itu.. dia tidak ulamak dan tidak profersional..Mat Sabu pimpinan yang lahir dari grass root, melalui tangga tarbiyyah PAS dari bawah..juga melahirkan ramai amilin PAS dengan dakwah bil hal dan ceramahnya. Mat Sabu memang terbukti seorang pejuang, telah diuji dengan semua ujian susah payah dalam PAS, tetapi kenapa memilih untuk membuat silap ini?


Mat Sabu ada hawariyyun tersendiri, di mana saja Mat Sabu pergi, akan ada pengikut setia yang berduyun-duyun melayannya, mendengar ceramahnya, menerima didikannya secara tidak langsung dan mempertahankannya. Mat Sabu adalah ikon PAS.Tetapi masih membuat silap juga....



Bongkak dan sombong ini dirakamkan sebagai sifat syaitan yang enggan sujud kepada Nabi Adam a.s kerana dia mendakwa dia lebih mulia kerana dijadikan daripada api sedangkan Nabi Adam a.s dijadikan daripada tanah. Mat Sabu tidak menjadi syaitan dengan ungkapan itu, tetapi menjejaki sifat itu bila ungkapan itu diucap dalam konteks pertandingan dalam PAS. Hati-hatilah Mat Sabu. Tuan menjadi idola ribuan anak muda dalam PAS, tetapi ungkapan bongkak itu tidak meyumbang apa-apa kebaikan kepada PAS dan pengikutnya!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home