5/19/2009



PAS HANYA BOLEH DIPIMPIN OLEH ULAMAK
Oleh: Penumpang Barakah

Shabas dan tahniah kepada Dato' Seri TG Hj Abdul Hadi Awang, tidak dicabar dalam pemilihan di Muktamar PAS Jun ini. Selamat bertanding kepada calon-calon Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, AJK dan lain-lain.


Bagi kami yang masuk PAS kerana kepimpinan Ulamak, kami lega kerana TG Haji Hadi terus memimpin PAS untuk 2 tahun akan datang, semoga kami dapat terus menumpang kebijaksanaan, keberkatan dan kea'rifan para ulamak yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah melakar wajah politik Malaysia. Malaysia tidak akan berwajah seperti sekarang jika tidak kerana PAS dipimpin oleh Ulamak.


Kepimpinan ini wajib dipertahankan walau apa sekalipun berlaku akibat tindakbalas daripada interaksi PAS dengan musuh dan rakan pakatan pada masa akan datang. Biar apa saja telahan, tohmahan, kecaman, ancaman dan kutukan kita mempertahankan 'status quo' ini, inilah jalan yang mendewasakan PAS sejak 58 tahun lalu. Tidak perlu perubahan, walau dibentangkan alasan akademik dan sejarah oleh mana-mana pakar atau ahli akademik atau profesor atau pakar startegi... mereka tidak bergelumang dalam PAS. Merekaboleh berhipotesis tentang PAS, tetapi PAS luar biasa untuk diulas dengan teori, dikaji dengan kaedah saintifik, dan dianalisa dengan hujak empirik. PAS memang tersendiri... ada unsur yang tidak dapat dibentuk oleh sains gunaan atau sains sosial. PAS bangun dengan daya spiritual. Bukan dibina dengan hasil kajian saintifik.


Teori apa yang mendewasakan PAS dalam serba kekurangan material, mendorong pengorbanan, membina sahsiah ahli, menarik sokongan segenap lapisan, membina mujahid dan syuhada', teori apa? Kajian apa, bila, siapa dan bagaimana? Pokok kepada jawapan bagi soalan ini ialah Aqidah Islam. Siapa yang layak dan berupaya memupuk, mendidik, menanam dan memantapkan Aqidah di kalangan ahli PAS? Bukankah Ulamak!!!Lalu apa alasan golongan yang mendakwa profersional untuk mengejar kepimpinan dalam PAS?


Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home