6/01/2009

Ish! Ish! Ish! Apa nak jadi Dia ni...

AKU YANG TAKINGIN DIKENALI...
Nama aku Helmi, budak perlis. Dulu aku lawyer, tapi terpaksa 'gantung raket' sebab terkebas duit kawan, dia bungkuih, aku pun bungkuih. Masa dalam UMNO aku berjaya menjawat AJK Bahagian Kangar, di bawah pimpinan YB Dato’ Seri Radzi Sheikh Ahmad, bekas Setiausaha Agong UMNO.
Dia janji nak lantik aku jadi Pegawai Khas masa dia jadi menteri, tapi tak tunaikan, lalu aku membawa diri. Aku jumpa Saiful Izham, kawan aku yang jadi pimpinan PKR peringkat pusat dan Negeri Kedah untuk mengadu nasib. Bila PR menang di Kedah, aku dipilih oleh Saiful untuk jadi Pegawai Khas Exco YB Arumugam, khas untuk mengawasi tindak tanduknya yang asal-usulnya adalah calon bebas di Bkt Selambau. Aku tak pernah mendaftar sebagai ahli PKR di mana-mama negeri. Mudahnya masuk PKR, jumpa kawan minta kerja, terus dapat, dapat kerja dan dapat kepercayaan.

Sementara kawan-kawan dok percaya, akupun buatla apa yang patut. Sebagai ahli UMNO, kesetiaan kepada parti tidak berubah, aku hanya ubah tempat cari makan. YB Aru bagi kat aku extra RM1,000 selain gaji aku RM1,200 saja sebulan. Mana cukup RM2,200. Bini aku dua. Akupun berpakat dengan ‘bos’ sebenar aku, R..zi juga namanya. Masa tu kerusi PKR cukup mahal, UMNO Kedah (MK) offer kalau dapat beli 5 orang ni, aku kaya, sekaya yang aku tak pernah jangkakan. Aku janji, paling tidak pun, aku akan bawa Aru lompat. Kalau aru dapat 5 juta, aku dapat 1 juta. Aku mula plan dengan Aru dan R..zi.

Plan aku punah bila Aru tak jadi lompat dan memilih untuk letak jawatan. Pada malam dia nak menghilangkan diri, 4 Febuari 09, aku hantaq mesej kat dia supaya jangan menaiki mana-mana kereta orang pas kerana depa akan bawa dia pi kurung di satu tempat…padahal aku dah atoq dia untuk jumpa dengan MK yang merancang ‘tekanan’ gila-gila ke atas dia. Malam itu ialah malam untuk deal yang terakhir..berapa juta dan nak pi ke mana… Projek skandal sex tu aku rancang dengan Zamil. Aku yang plan semua tu….tiba-tiba puakpas ‘kidnap’ dia dulu.

Dua tiga hari lepas tu aku mati kutu, Aru sudah hilang..tup-tup tiga orang kakitangan pejabat MB mai kemas barang-barang Aru pada 8 Febuari 09. Sah! Rancangan aku kena sabotaj pula. Aku telefon R..zi Kedah dan buat cerita ‘Yahudi’ dah punggah barang2 Aru. 17 -18 orang samseng pecah masuk pejabat dan selongkar barang Aru. Puluhan unit amal pula kepung wisma untuk menghalau Aru keluar…. Tapi cerita aku tersangkut kat pengerusi perhubungan pula dah…mat kasim pi cerita kat orang pas tentang cerita rekaan aku tu…kantoi!!

Aku syak Ismadi (Peg Khas tugas2 Khas MB) yang potong line. Aku pun selak cerita dia dan terjumpa cerita Murshidah yang terlampau, lalu aku buka blog dan tajuk tu jadi first posting aku.
Masa Polis Caw Jenayah Komersil mai siasat aku pasai surat letak jawatan aru, aku dah cerita semuanya kat depa, siapa sebenarnya aku..aku dengan polis tu dari group yang sama..nak pastikan kerajaan PR tumbang, sekurang-kurangnya tak payah by-election.

Lepas Bkt Selambau, plan peralihan kuasa melalui lompatan sudah punah sama sekali. Aku pakat dengan R..zi untuk buat Kedah Tourism, cabang kami cari duit. Barua punya Manikumar. Dia pi menang pula… dah ramai Zamil atoq calon bebas, buleh menang jugakk.

Aku pening juga bila ada orang bongkar kes claim tu… melepas la aku nak dapat 20% dari claim yang aku atoq tu…semuanya gagal. Aku sedang pening. Tup-tup dapat cerita Metro ni..aku pun sapu laaa dalam blog aku (sungguhka). Reka apa yang patut..biaq puak Pas rasa pula apa yang aku rasa..baru fair and square. Kalau depa berpecah pun aku tak rugi apa-apa..

Bersambung…………

Labels: