8/20/2009

Merdeka Review Adalah Propaganda BN

Analisa Merdeka Review Sarat Dengan Api Perkauman
Oleh: Penyapulidi09

Sekilas pandang

Merdeka Review dalam analisa yang diterbitkan pada 5 Ogos 2009 oleh Chan Wei See bertajuk “Kerajaan PR Kedah Mungkin Terkubur” membangkitkan isu-isu berikut:
1. Dasar-dasar yang dikatakan bersifat perkauman
2. Isu kuota 50% dalam perumahan dan reaksi REHDA
3. Isu perobohan rumah sembelih babi
4. Prestasi lemah Exco yang mewakili kaum cina
5. Lompat parti

Tajuk-tajuk yang dipilih sangat menyeramkan, antaranya Kerajaan PR Kedah Mungkin Terkubur, Kedah Di bawah PAS Akan Tinggal Sejarah, Kualiti Barisan EXCO Rendah, Dasar Cetus Kemelut Di Kedah, ‘Kami Rasa Tertipu’, Peranan Phahrolrazi Di pertikai, dan macam-macam yang sinonim dengannya.

Kesimpulan saya, analisa ini bersifat ‘Chinese-centric’, racist and arrogant (kecinaan, perkauman dan sombong). Saya tidak menafikan kemenangan PR di Kedah dan negeri-negeri lain dalam PRU 12 ialah kerana tongkat UMNO dalam BN iaitu kaum Cina dan India beralih arah dalam tsunami berskala sederhana. Tetapi apakah wajar ia dijadikan peluru untuk menggertak kerajaan dan merobek perasaan Melayu di Kedah dengan hanya melihat seluruh dasar dan perjalanan kerajaan dari mata yang sepet?

Dasar Perkauman atau buta sejarah?

Analisa ini dipopularkan oleh pihak-pihak tertentu dalam komuniti cina untuk menggertak kerajaan PR di Kedah supaya tunduk dan berundur. Paling besar gesaan mereka ialah dasar kuota perumahan 50% dibatalkan kerana itulah punca kemarahan orang-orang cina di Kedah.

Isu ini ialah isu pemaju, bukan isu kaum. Pemaju terpaksa membina rumah yang mampu dibeli oleh kaum melayu. Mereka terpaksa merendahkan margin untung projek perumahan kerana tak ramai melayu yang mampu beli rumah dengan harga RM300 hingga RM500 ribu. Kerana itu REHDA bising.

Saya berpendapat ini bukan analisa objektif, tetapi inilah perjuangan semua parti yang bersifat perkauman cina baik MCA, Gerakan maupun DAP. Isu perumahan 50% sangat kecil berbanding dasar-dasar lain yang menyerlahkan kewibawaan, ketelusan, kelebihan dan ketulusan PR berbanding BN. Isu ini berkaitan swapping Tanah Rizab Melayu (TRM) dengan tanah free hold – mana-mana TRM (yang tidak boleh dijual kepada selain melayu) jika dijadikan tanah free hold - supaya boleh dijual kepada bukan melayu - 50% kawasan itu mesti dijual semula kepada kaum bumiputera. Fakta yang jelas ialah Swapping hanya melibatkan 15% sahaja dari keseluruhan permohonan membangunkan projek perumahan di Kedah.

Kerajaan juga telah mengadakan release mechanism untuk menyelesaikan tambahan 20% dalam kuota Melayu yang tidak dapat dijual. Apalagi mereka mahu? REHDA sudah bersetuju, tetapi Merdeka Review membutakan mata, sebuta perjuangan perkauman parti-parti kaum cina.

Jika itulah puncanya dikatakan kerajaan PR lebih bersifat perkauman Melayu dari BN yang tidak berubah selama 50 tahun, saya cadangkan swapping tidak dibenarkan di Kedah (no more swapping). Kenapa kadar 15% ditonjolkan sehingga seolah-olah semua kaum cina akan tidak dapat membeli rumah lagi di Kedah, sedangkan kaum Melayu yang kehilangan TRM yang tidak diganti melibatkan ribuan hektar, atau diganti dengan tanah-tanah di ‘hujung kampung’ yang rendah nilai pasaran dan tidak ekonomik, tidak pernah berkata apa-apa. Tanah Free hold - pakai dasar lama (70-30) yang tidak dipertikaikan, TRM - 100% jual kepada Melayu. Tutup cerita.

DAP Jangan Jadi Alat MCA dan Gerakan!

DAP mendakwa berjuang untuk semua kaum atas dasar sama rata (sosialis) dan menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia yang bersifat sekular. Maka mereka bergabung dalam PR untuk meruntuhkan kebejatan BN. Saya ingin mengingatkan DAP yang melompat sakan dalam isu ini supaya menoleh sejenak sejarah dan reality berkaitan tanah. Jika perjuangan DAP untuk semua kaum, perjuangkan juga isu TRM yang telah hilang ribuan hektar selama ini, kerana TRM telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Lihat juga negeri yang diperintah oleh DAP di Pulau Pinang. Kawasan Komtar, Georgetown, Bayan Baru, Bayan Lepas dan Bukit Jambul asalnya adalah tanah milik Melayu, siapa yang mendominasi kawasan itu sekarang? Ada ribuan ekar tanah wakaf umat Islam di Bandar Georgetown yang didiami oleh kaum cina, nilainya sekitar 30 bilion! Ke mana kaum Melayu dihambat di zaman Gerakan memerintah P. Pinang? Melayu hanya merungut dan merungut tapi tidak mengugut, kerana apa? Kerana UMNO Pulau Pinang yang ada 13 kerusi berbanding Gerakan 8 kerusi DUN telah ‘dimandulkan’. Itukah yang DAP, MCA dan Gerakan mahu lakukan dengan gertakan Merdeka Review di Kedah? Maaf, saya tidak fikir ia boleh berlaku di zaman YAB Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar. Dia orang yang tidak gentar dengan gertakan sesiapapun. Cubalah!

Siapa David Lim?

Merdeka Review cuba digunakan oleh orang seperti David Lim untuk menimbulkan keresahan PR di Kedah, dengan menterjemah dan mengedarkan address laman web itu melalui SMS. David Lim adalah individu yang telah ditolak oleh kaum cina di Kedah. Pada satu ketika dia seolah-olah mahu mengistiharkan diri sebagai “Menteri Besar orang cina” di Kedah, gara-gara menerima Anugerah Pejuang Isu Cukai Tanah ( yang dianjurkan oleh DAP).

Dia mahu aturkan semua hal berkaitan Cina di Kedah. Bila tewas dalam perebutan jawatan di Dewan Perniagaan Cina, dia menimbulkan isu PAS melupakan jasanya. Saya ingin tegaskan, kempen tandatangan Kempen Menurunkan Cukai Tanah sebenarnya dijayakan oleh PAS. 80% tandatangan itu dikumpulkan oleh PAS melalui ceramah dan gerakan di cawangan-cawangan PAS. Di situlah dia mengenali PAS yang ingin ‘dikuasainya’, mana mungkin?

Kini David Lim membuat jaringan dalam Persatuan Pembayar Cukai pula yang diterajui oleh Syed Mansor. Syed Mansur pada satu ketika pernah memujuk YB Tan Chau Kang (Adun Sidam) untuk melompat parti pada November 2008. Mujurlah YB Tan lebih cerdik dan lebih teguh perjuangannya daripada David dan Syed Mansur.

Kini David marah lagi dengan keputusan kerajaan mengenakan lesen rumah burung walit di Kedah supaya ia menjadi industry yang terkawal dan kegiatan yang sah. Dia juga merupakan “raja walit” di Kedah!

Exco PKR diketepikan dan DAP tidak mendapat kerusi Exco.

Adakah wajar menyalahkan pihak lain jika wakil kita tidak berupaya dan gagal? Memang benar YB Tan Wei Tsu tidak menyerlah prestasinya kerana dia hanya tukang urut yang diangkat menjadi Exco. Semua orang cina tahu hal ini. Kenapa dia tidak dibantu oleh pakar-pakar cina untuk mengangkat dan menangani semua isu berkaitan cina? Kursuskan dia, ajarkan dia, lantik pegawai khas yang cerdik membantunya, jangan hanya tahu menghentamnya dan melantik pembantu yang menulis surat ke Putrajaya dengan ayat bahasa cina yang diterjemahkan ke bahasa Melayu. Pelik benar bunyinya! Dalam hal ini, saya nampak ada kecenderungan Merdeka Review untuk menyalahkan Melayu yang dikatakan diwakili PAS di atas kelemahan cina, adilkah begitu?

DAP tidak mendapat tempat Exco di Kedah, sama dengan PAS di Pulau Pinang. Masing-masing ada satu kerusi. PAS terima hakikat satu kerusi di P.Pinang tidak cukup untuk menuntut kerusi Exco, DAP pun patut begitu juga, kenapa Merdeka Review cuba mengapikannya?

Kenapa Phahrolrazi bersalah?

Salah Phahrolrazi ialah kerana beliau menjalankan tanggungjawabnya sebagai Exco Kerajaan Negeri yang mengumumkan dasar kerajaan berkenaan tanah. Dia umumkan keputusan mesyuarat Exco, yang sepatutnya bersifat kolektif setelah dibahaskan dalam mesyuarat. Malangnya, Merdeka Review dan kaum cina Kedah, termasuk Exco tertentu menuding jari kepadanya untuk menanggung keputusan mesyuarat. Apa niii?

Lompatlah!

Akhir sekali, Merdeka Review katakan ada yang ingin melompat, hingga dipandang serong oleh ahli parti sendiri, kerana dasar perkauman kerajaan dan diketepikan dalam membuat keputusan. Saya berpendapat melompat ialah sikap orang tamak yang hilang upaya intelektual dan karisma kepimpinan. Mereka menyangka dengan menjadi Wakil Rakyat dan Exco, mereka telah terjun dalam telaga Emas. Maka mereka boleh ambil emas sebanyak yang mereka mahu. Rupanya tidak! Kerajaan PR ialah kerajaan rakyat yang memegang amanah rakyat, kerajaan yang telus, sifar rasuah, menutup ruang mengkayakan diri dan kroni seperti yang dibuat oleh BN.

Mereka berada dalam kerajaan yang mengembalikan hasil mahsul negeri untuk kesejahteraan rakyat. Mereka tidak boleh merompak harta negeri. Kerana sedar diri bahawa orang seperti mereka tidak akan mendapat tempat lagi dalam pilihanraya akan datang, hilang gaji RM16 ribu sebulan, hilang elaun Adun RM4500 sebulan, sahutlah tawaran RM5 juta untuk seumur hidup! Hal ini tidak ada sangkut paut dengan dasar perkauman, tetapi berbalut dengan sifat tamak dan dijangkiti sindrom B one N one.

Merdeka Riview adalah propaganda MCA, Gerakan dan BN untuk tumbangkan PR Kedah.

Kerana BN sedar, dengan sokongan masyarakat cina, PR tidak mungkin dapat ditumbangkan. Untuk menjarakkan cina dari PR, maka kemarahan mereka mesti dibangkitkan dengan api perkauman. Isu 50%, pusat sembelihan, prestasi Exco dan lain-lain hanyalah bahan bakar. Rumah ialah keperluan asas manusia, maka isu swapping yang hanya 15% dijadikan factor utama membenihkan kebimbangan kalangan kaum cina tidak ada rumah untuk dibeli lagi. Cina di Kedah masa akan datang akan merempat di bawah jambatan kerana PAS dan Melayu sudah merampas 20% lagi kuota yang mereka dapat sebelum ini. Ini tidak berani dibuat oleh UMNO sebelum ini. Maka, Kedah harus dikembalikan kepada BN dan UMNO yang boleh ditundukkan dengan gertakan dan rasuah. Lupakan saja komposisi kaum di Kedah yang didiami oleh 1.5 juta Melayu, 240 ribu cina, 167 ribu India dan 30 ribu siam.

Alahai Merdeka Review!!!! Propaganda ini terlalu murahan. Ramai lagi kaum cina di Kedah yang selesa di bawah PR yang setahun jagung ini yang melaksanakan langkah jimat cermat, membantu sekolah persendirian cina, membantu pesta kebudayaan, memberi ruang kepada persatuan dan pertubuhan cina bergerak, mendengar dan menimbangkan permintaan, boleh berbincang, mudah ditemui, dan mengutamakan seluruh rakyat. Kemusnahan hubungan kaum, rasuah, boros, bolot, lemah prestasi, lembab, tamak dan sinonimnya di zaman BN lebih parah dari isu yang cuba diapikan dalam analisa Chan Wei See. Saya jemput dia membuka matanya di Kedah!!