- Apa yang menyebabkan rakyat beralih dari BN kepada PR?
- Kerana hilang kepercayaan muak dan meluat.
- Apakah tarikan kuat yang ada pada PR hingga rakyat tanpa mengira bangsa berduyun-duyun memberi sokongan?
- Kerana amanah, jujur, ikhlas, tak rasuah, tak bolot harta, disiplin agama, people-centric, anti-selfish, menolak KKN dan banyak lagi la..
Rakyat sudah cerdik, satu rumah ada dua tiga orang graduate, ada Astro, ada internet. Sistem nilai dan cara berfikir rakyat sudah berubah. Apa yang disembunyikan kini sudah terdedah semuanya.. apa yang berlaku saban hari di sekeliling membentuk pemikiran rakyat dan apa yang difikir menjadi budaya hidup masyarakat.. Mata, telinga mulut terbuka serentak untuk mengatur kaki dan tangan...
Hal ini mengubah persepsi rakyat terhadap BN dan PR. Sejak merdeka, pihak-pihak di luar mainstream yang dibentuk oleh Perikatan/BN digambarkan sebagai pengganas, bahaya, komunis dan sayap kiri. Ini nasib yang menimpa tokoh besar pejuang kemerdekaan seperti Almarhum Dr Burhanuddin, Ust Abu Bakar Al Baqir, Ahmad Beostamam, Ishak Hj Muhammad, Rashid Maiden, Chin Peng dan lain-lain. Selepas merdeka, demi kuasa, persepsi ini makin disuburkan hinggakan propaganda bagi menjayakan maksud itu penuh melimpah dalam kepala rakyat. Tiada yang lain selain BN yang mampu memerintah dan memakmurkan negara ini. Rakyat dipaksa menelan propaganda ini selama 50 tahun.
Masa berubah, kepandaian dan kecerdikan memandu perubahan rakyat, berbanding kebodohan dan kedunguan selama 50 tahun mengurung rakyat dalam sangkar BN. Keputusan yang dibuat oleh kecerdikan tentulah lebih baik daripada pendirian yang dipaksa akibat kebodohan. "Orang bodoh makanan orang cerdik. Perubahan ini akan kekal selagi rakyat terus memilih untuk cerdik.
Oleh sebab itu, apa saja propaganda yang dihidangkan untuk santapan orang bodoh dahulu akan ditolak mentah-mentah pada waktu ini, dan kelakuan yang ditiru dari kepimpinan yang meperbodohkan orang akan dihina dan dikutuk.
Pemimpin orang cerdik dan terbuka sekarang ini juga perlu lebih terkehadapan daripada orang yang dipimpin. Sebab itu antara dua EXCO yang dipanaskan oleh Kedahlanie, satu mendapat pembelaan, satu lagi diancam dan dikutuk.
Sedih sungguh dengan cerita dua senario ini.. pertamanya, pemimpin terpaksa mendedahkan kebaikan yang dibuat untuk dinilai oleh manusia di dunia gara-gara tohmahan orang bodoh... dan keduanya dosa sulit pemimpin terdedah juga untuk dinilai dan dijauhi dikalangan pemimpin orang cerdik.... Inilah dunia terbuka.... Politik berubah, politikus juga wajib berubah, jangan diulangi ciri-ciri kebodohan.....jika tidak.....selamat jalan romeo.. Jika terpaksa, antara dua pendedahan itu, saya pilih yang pertama...!! Wallahu a'lam.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home